(draf cadangan awal)
Bahagian I :
TENTANG CINTA
Perkara 1:
Cinta agung adalah kepada Tuhan dan insan-insan yang diperintah oleh-Nya mengatasi cinta-cinta yang lain.
Perkara 2:
Kewajipan untuk mencintai insan-insan tersebut adalah mutlak, melainkan terdapat yang pertentangan dengan Perkara 1 di atas.
Perkara 3:
Semua orang wajib berkasih sayang dalam erti kata cinta sejagat
Bahagian II :
SEBAB DAN ALASAN BERCINTA
Perkara 4:
Cinta kerana Tuhan dan keikhlasan mengatasi kedudukan semua cinta berasaskan atau disebabkan perkara lain
Perkara 5:
Tiada sebab yang diperlukan untuk mencintai seseorang, tetapi perlu adanya sebab dan alasan untuk membenci seseorang kerana setiap yang lahir itu berhak untuk disayangi dan lahirnya dia atas dasar cinta.
Perkara III :
HAK ASASI PENCINTA
Perkara 6 :
Setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi seseorang. Penafian hak ini adalah penafian terhadap hak asasi manusia.
Perkara 7 :
Seseorang itu berhak untuk menolak dan menerima cinta seseorang, namun tertakluk Perkara kedua, sebab untuk menolak diperlukan. Cinta sejagat tetap kekal terpakai biarpun cinta khusus tertolak atau ditolak.
Proviso:
i)Seseorang itu tidak berhak untuk menghapuskan cinta orang lain kepadanya kerana cinta itu lahir bukan dari dirinya dan bukan miliknya.
ii)Begitu juga seseorang itu berhak menyayangi seseorang, tetapi tidak boleh memaksa orang lain untuk membalas cintanya kerana mencintai seseorang itu hak peribadi
P/S : Beri perhatian kepada Perkara ke-7
salam...i'm honoured :)
ReplyDeleteMuqreez,
ReplyDeletesharing is caring. kihkihkih...janji i did give you credit, kan?