19.5.09

bila adik-beradik dah SELESA jadi tetamu...



DISCLAIMER : Aku takde niat nak randomly tembak siapa-siapa...baik family members atau orang luar. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas. Benda ni aku dah observe since aku 10 tahun lagi. Wallahualam.



mungkin aku punya sifat observant yang overdose. entahlah. tapi truthfully, memang mata aku sakit. hati? go figure!

mungkin juga aku terlebih mengenang budi, particularly budi adik-beradik aku. entahlah.

budi bukan perkara main-main. walaupun kadang-kadang orang yang berbudi memang insists supaya budinya tak payah dibalas. ikhlas katanya. tapi, budi tetap budi. tak pun dibalas dengan material dan tenaga, doa juga memadai.

rasa ingin mencoret nota ini tercetus bila my eldest sister bercadang nak buat makan-makan sempena besday anak-anaknya Sabtu ni. when it comes to my family, makan-makan tu sebenarnya majlis besar. senang-senang 100 tetamu. walaupun jemputan sebenarnya 50...it'd easily doubled.

atau lebih.

as i grew up, aku didedahkan dengan keakraban adik-beradik my mom and late dad when it came to the preparation untuk menjadikan makan-makan tu successful. aku juga belajar benda yang sama di rumah orang lain - regardless of race and cultural background.

jadi, dengan intro yang meleret-leret ni aku nak suarakan tentang perangai sesetengah orang yang meng"asing"kan diri mereka bila berada di rumah adik-beradik. men"tetamu"kan diri mereka semaksimum mungkin.

antara simptom-simptom (lagi senang nak cerita, kan?) yang aku pernah tengok...


1) walaupun plan dah dinyata awal-awal, masih juga berkehendakkan confirmation via phone call. itu boleh terima lagi (bagi mereka yang bukan sahaja BESAR pangkatnya di mata masyarakat tapi juga BESAR lagaknya di mata adik-beradik). ada jugak yang mintak kad jemputan, walaupun makan-makannya diadakan hanya bertujuan untuk menyambut hari jadi mak sendiri. tak ada kad jemputan? mampus tak nak datang!

2) betul...kadang-kadang adik-beradik kita suka sangat buat plan last minute. sampai bercanggah pulak dengan plans lain yang kita dah buat in advance. oftentimes, plans yang dibuat in advance ni lah yang payah nak cancel. memang serba-salah jugak dibuatnya. kang tak pergi - merajuk. tapi itu tak beerti kita tak punya masa untuk singgah barang sekejap, kan? by saying singgah...i mean singgah hours before the event. tolong apa-apa yang patut. masak ke...mengemas rumah ke...angkat kain ke...the possibilities are endless. tak pun sedekah juadah (kuih-muih biasanya), tolonglah dia sediakan pinggan-pinggan dan gelas-gelas kat atas meja. kalau duit berkepuk-kepuk...hulurlah barang 50 ringgit ke...setakat mampu.

WALAUPUN dia punya pembantu rumah...time-consuming sangat ke nak tolong? spend time dengan anak-anak buah (especially if they're below, say, 10) while their parents tengah sibuk kat dapur or beli kelengkapan.

kang bila orang buat macam tu kat kita...MENGUNGKIT!

3) aku pantang kalau adik-beradik tak datang awal. awal by definition tu at least 1/2 jam prior. ni tidak...datang sama time dengan guests. suka agaknya bersesak-sesak, kot! ada pulak yang sengaja suka-suki datang LAMBAT. bila buffet spread dah nak habis, muncung pulak sebab tak tinggalkan sikit juadah.

4) dahlah datang lambat, menyemak pulak duduk sekali dengan guests. lainlah kalau majlis tu buat kat stadium...kau nak mengangkang sekalipun - dipersilakan! jimat sikit duit daripada panggil magicians or clowns. ni tidak, sah-sah rumah adik-beradik kau tu sitting space memang limited. TAKDE OTAK KE?

muka pulak buat muka tak bersalah. kalau aku lah...kalau dah datang lambat tu, apalah salahnya pergi straight ke dapur. tolong apa yang patut, tolong refill makanan ke...buat air ke...jadi runner beli paper plates/cups yang tak cukup ke...even tolong jaga anak-anak buah yang "terlebih" aktif from constantly clinging to their mom and dad.

5) ada tu pulak sebab dah pemalas sangat...pinggan dengan gelas lepas diguna pulak letak aje kat tepi atau bawah meja. tak kisahlah...birthday party ke...rumah terbuka Raya ke...confirmlah banyak orang lalu-lalang. possibility untuk hadirin lain terpijak/ terguna/tersepak pinggan, gelas dan cutleries amatlah tinggi. have some logic lah! takkan kau tak boleh navigate diri-sendiri kat rumah adik-beradik kot! walaupun ada helpers (in forms of your other siblings yang lagi muda; or your in-law's siblings yang lagi muda; or pembantu rumah; or even boy/girl scouts yang dipaksa untuk berkhidmat) kat rumah tu. usung la ke dapur. kalau malas nak basuh. letak je dalam sinki. MAKE SURE sisa-sisa makanan dibuang dalam plastik sampah. air yang tak habis dibuang dalam sinki. cutleries yang kotor asingkan. kalau kau jenis main lambak aje...sah-sah kau tak reti basuh jubur/butuh/puki kau bersih-bersih, kan?

6) walaupun aku kata kat atas tadi - kalau malas nak basuh benda-benda yang kau guna, letak accordingly kat dalam sinki...sebenarnya WAJIB dibasuh. lagi baik kalau kau volunteer to wash all the dirty dishes. kalau nak dipuji selama beberapa kurun, get down and dirty by helping your sibling to wash all the pots and pans. kalau kau sanggup get down and dirty membuat anak...apalah sangat kerja membasuh!

7) paling pantang...bila semua tetamu yang bertaraf ORANG LUAR balik je...kat tangan dah tersedia tupperwares nak tapau mana-mana makanan yang lebih. kau duduk kat Afreka ke apa???


aku harap hari Sabtu ni, mintak dijauhkanlah adik-beradik aku yang keluar daripada rahim ibu aku hasil semaian benih arwah bapak aku berperangai macam tu. so far - record adik-beradik aku BERSIH. yang banyak record kotor...sendiri mau ingat lah!

No comments:

Post a Comment