8.7.09

blast from the past...

to those who have left us...



andai aku mati
kuharap angin barzakh bertiup lembut
kuharap bekalan amalku tidak diragut
kuharap harta peninggalanku tidak direbut
kuharap sedekah jariahku jangan disebut
kuharap dosa kejahatanku tak bersambut
kuharap pahala kebaikanku melata bak rumput
asal jangan dipijak, direnggut-renggut

andai aku mati
bahagialah keluargaku
bahagialah teman-temanku
bahagialah orang sekelilingku
bahagialah selagi mampu
kerana bahagia itu perlu
buat pengubat rindu
buat pereda nafsu
buat pemusnah sayu
buat penghilang sendu

andai aku mati
jangan bergaduh lagi
menegakkan kebenaran yang tak pasti
bertempik, berteriak, bersorak
menegakkan dusta dunia
menegakkan kebencian yang makin marak
yang nyata sia-sia
jauh dari syurga

andai aku mati
pastikan keluargaku teguh
pastikan teman-temanku utuh
pastikan amal, tinggalan, sedekah dan kebaikanku
tidak rapuh
dimakan usia, disesat dunia
dikabur derita fana

andai aku mati
tutup mataku,
qiamkan tanganku di dada
mandikan tubuhku, jiruskan air serata-rata
kafani diriku, solati jasadku
semadi dan talkinkan jenazahku
doakan aku selamat di alam sana
sempat meraih syafaat khatimul anbia
untuk bertemu azza wa jalla
dalam merasa nikmat syurga
tidak ku kesal hidup di dunia

No comments:

Post a Comment